Nabila Huda & Buah Hati Bercuti Di Bali?

[x]

Nabila Huda & Buah Hati Bercuti Di Bali?

on Monday 16 December 2013


Sebelum ini, kami pernah siarkan artikel tentang percutian romantis Nabila Huda bersama pelakon Nas-T, bekas kekasihnya di Australia pada April lalu, namun setelah cinta mereka putus ditengah jalan, Nabila jarang dilihat bercuti.

Terbaru, kami difahamkan Nabila Huda atau nama sebenarnya Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman telah memilih Bali, Indonesia sebagai lokasi percutiaannya bersama buah hati tersayang. Wah, sweetnya!

Nabila Huda dan Keisha

Jangan salah faham, buah hati yang kami maksudkan adalah anak perempuannya sendiri, Keisha. Semalam, Nabila Huda dipercayai telah terbang ke destinasi percutiannya di Bali, Indonesia berdua dengan anaknya itu.

Menerusi laman Instagram, Nabila dilihat telah memuatnaik beberapa keping foto percutiannya yang dipercayai di Le Pirate Beach Club, Bali.

Bagus betul Nabila ini, kan? Walaupun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelakon, namun aktres wanita ini masih sempat meluangkan masa bersama anaknya.

211
sumber:http://www.ohbulan.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved