Psy & Hafiz Ungguli Carta MV Trending Teratas 2013 Youtube

[x]

Psy & Hafiz Ungguli Carta MV Trending Teratas 2013 Youtube

on Monday 16 December 2013


Duduki tempat keempat senarai MV paling trending di Youtube

Baru saja memenangi 3 buah trofi di Anugerah Industri Muzik 20 (AIM 20), Hafiz bukan saja membuktikan dia mempunyai kualiti dan bakat sebagai seorang penghibur, malah Youtube juga turut mengiktiraf MVBahagiamu Deritaku oleh Hafiz sebagai salah satu dari 10 buah MV paling popular di Youtube Malaysia.

Pada 12 Disember yang lepas, pihak Youtube telah melancarkan senarai 10 Video Muzik Trending Teratas 2013 (Malaysia). Bukan setakat Hafiz, kumpulan Forteen turut tersenarai di nombor enam, Altimet di tangga kelapan, Hyper Act ditangga kesembilan dan Waris, kesepuluh.

Bagaimana pun, seperti yang semua sedia maklum, Psy tetap menduduki carta pertama sebagai MV paling popular sepanjang tahun 2013 diikut dengan muzik video Tegar dan Pink di tempat ketiga.

Tegar duduki tempat kedua carta MV Trending Teratas 2013 (Malaysia)

Tidak hanya mengutamakan muzik video, Youtube juga turut mengeluarkan senarai 10 Video Trending Teratas 2013 (Malaysia) dan Nora Danish tersenarai di tempat kelima dengan video aksi Gwiyomi-nya yang comel.

Video Gwiyomi Nora Danish mencatat lebih 1.8 juta jumlah tontonan

Yang paling mengejutkan ialah, trailer filem KL Gangster 2 berjaya menduduki tempat ketiga walaupun hanya mengutip RM4.96 juta jumlah kutipan tiket di pawagam.

Mat Luthfi yang popular dengan video-videonya yang tersendiri juga tersenarai di tangga kesembilan dengan videonya yang berjudul Parodi Forum Suara Mahasiswa.

Sebagai tambahan, Youtube telah melancarkan sebuah video berjudul YouTube Rewind: What Does 2013 Say? yang menampilkan mashup bagi beberapa buah lagu dan video yang trending di seluruh dunia. Antaranya ialah The Fox (What Does the Fox Say?) oleh Ylvis dan Blurred Lines oleh Robin Thicke. Mari tonton video ini di.....http://youtu.be/H7jtC8vjXw8
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved