Wallet Disangka Kulit Lembu, Mungkin Kulit Babi

[x]

Wallet Disangka Kulit Lembu, Mungkin Kulit Babi

on Sunday 22 December 2013

Kami menerima satu email yang melaporkan akan seorang pembeli yang mendakwa dirinya tertipu oleh salah sebuah kedai barangan kulit di sebuah pasaraya terkemuka di ibukota. Ini terjadi apabila seorang pelanggan telah membeli dompet kulit yang disangka kulit lembu seperti yang diberitahu pihak premis namun setelah pembeli meneliti semula tekstur dompet tersebut melalui salah seorang rakannya, timbul isu lain apabila ianya kelihatan seperti kulit babi dan ini amat mengjengkelkan.



Berikut adalah email yang kami terima;

Assalamualaikum Oh! Media.. Gambar yang saya sertakan adalah perbualan sy dengan seorang rakan yang sudah terbeli sebuah dompet di mid valley. Nama kedai ada di sebut di dalam perbualan itu.

Saya tidaklah berniat untuk menjatuhkan sesebuah syarikat. Tetapi, jika begini jadinya. Sy terpanggil utk berkongsi dengan Oh! Media utk pengetahuan semua pengikut Oh! Media samada utk memboikot kedai itu ataupun lebih berhati2 di dalam proses menjual beli. Terima kasih Oh! Media.

Melalui gambar screenshot perbualan yang dipaparkan di bawah, kami tidak akan memberitahu nama kedai tersebut cuma berharap jika anda ingin membeli barangan jenis kulit ini agar lebih berhati-hati dan tidak percaya bulat-bulat pada penjual yang mungkin hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Apapun tidak diketahui adakah benar ianya kulit babi sebenar cuma yang pasti ianya langsung tidak kelihatan seperti kulit lembu seperti yang dikatakan kedai tersebut.



Jika ada pihak berkuasa yang ingin melakukan siasatan kepada premis tersebut, anda boleh menghubungi kami di email support@ohmedia.my untuk maklumat lanjut.
sumber: http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved