Wanita itu bukan pengurus kami - Azhael

[x]

Wanita itu bukan pengurus kami - Azhael

on Sunday 22 December 2013


MUNGKIN kerana suka sangat berdampingan dengan golongan artis maka ada individu yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan niat itu tercapai.

Kalau setakat peminat tidak mengapa. Tapi kalau sampai mengaku jadi pengurus artis, siapa nak jawab?

Ini yang berlaku pada duo Azhael, produk kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013).
Timbul khabar angin bahawa ada seorang wanita yang mendakwa dia kononnya ‘orang media’
yang juga merupakan pengurus kepada duo yang sedang meningkat naik itu.

Kecoh sana sini mencanang yang dia pengurus kepada Azhael dan sebarang perkara berkaitan Azhael katanya, boleh berjumpa terus dengan dia.
Justeru ramai yang keliru kerana setahu ramai, Azhael berada di bawah pihak pengurusan Astro.

Turut difahamkan, wanita itu sebelum ini juga dikatakan turut menyalahgunakan lesen wartawan untuk kepentingan sendiri.
Jadi siapa sebenarnya pengurus Azhael. Azhar mewakili duo tersebut memberi penjelasan.
sumber:http://www.utusan.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved