Tahukah anda bahawa ada pokok yang dikenali sebagai pokok " berdarah " ? Sebabnya , pokok itu mempunyai getah yang mempunyai warna merah gelap menyerupai darah segar .
Pokok itu bernama Kiaat, sejenis pokok asli Afrika Selatan . Pokok dengan nama latin Pterocarpus angolensis ini juga dikenali dengan sebutan Mukwa dan Muninga . Tingginya mencapai 12-18 meter , berkulit kasar dengan warna coklat gelap dan mempunyai bunga kuning yang bermahkota seperti payung .
Jika pokok ini dibelah , maka dari potongan batangnya akan menitis cecair merah tua . Hal sama terjadi apabila ada cabang pohon yang rosak . Warna getahnya mirip dengan cecair darah pada tubuh haiwan yang terpotong .
Walau menyeramkan , getah ini ternyata berkhasiat sebagai pertolongan pertama untuk luka . Selain itu , secara tradisional juga digunakan sebagai pewarna , dicampur dengan lemak haiwan untuk membuat kosmetik bagi wajah dan tubuh .
Kerana warnanya mirip darah , getah pokok ini juga dipercayai mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan darah . Selain itu , juga kerap digunakan untuk merawat beberapa masalah perubatan , seperti kurap , sakit , masalah mata , malaria , demam blackwater , masalah perut , juga meningkatkan pengeluaran susu ibu .
Selain getahnya yang unik , kayu pohon Kiaat juga boleh digunakan sebagai bahan perabot berkualiti tinggi kerana batang pohonnya mudah diukir , digam dan diskru serta mudah dicat . Ditambah daya tahannya yang tinggi , membuat kayu pokok ini sangat sesuai sebagai bahan pembuatan kapal , kenu dan lantai bilik mandi .
Malangnya , kerana manfaatnya yang berbeza-beza , pokok ini mengalami eksploitasi besar - besaran , khususnya dari penduduk Afrika Tengah dan Selatan . Hal ini mengakibatkan jumlahnya mengalami penurunan drastik dalam beberapa dekad terakhir .
Sumber: wowkeren.com
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment