Alyah Sesal Melihat Seorang Jejaka Di Atas Pelamin.

[x]

Alyah Sesal Melihat Seorang Jejaka Di Atas Pelamin.

on Wednesday 7 May 2014


Nasi sudah menjadi bubur dan sudahpun tertulis oleh takdir apabila seorang jejaka yang pernah meminang penyanyi Alyah nampaknya telah memilih wanita lain sebagai peneman hidupnya sehidup semati.

Timbul pula sekelumit perasaan sesal dalam diri penyanyi Alyah bagaimanapun tetap redha apabila melihat jejaka berkenaan duduk di atas pelamin ketika diundang untuk memeriahkan acara perkahwinan dua sejoli itu baru-baru ini.

Perasaan itu dikongsi Alyah kepada portal murai.com.my ketika bercerita kisah di sebalik kehadiran lagu terbarunya, Sesal Separuh Nyawa yang semakin menjadi perhatian banyak stesen radio tempatan.

“Sebenarnya sudah lama Alyah menerima lagu ini daripada Alfie (kumpulan Tiga). Tapi hanya selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang teman, barulah Alyah rasa lagu itu ada kaitan dengan perasaan dan apa yang Alyah alami.

“Lelaki itu bukanlah kekasih Alyah, tetapi seorang teman yang Alyah kenali dan dia kini bahagia dengan perkahwinannya.

“Melihat dia di atas pelamin, tiba-tiba satu perasaan mula timbul. Memamg dalam hati ada perasaan sesal, tapi tidaklah sesal yang keterlaluan.

“Cuma Alyah rasa lagu ini memang sesuai dengan perasaan yang Alyah sedang alami. Balik rumah Alyah memperbetulkan serba sedikit liriknya dan Alyah jadikannya sebagai single terbaru Alyah,” katanya yang baru pulang dari Vietnam.

Jelas Alyah, bagi menyemarakan lagu berkenaan, dia telah mengambil keputusan untuk menghasilkan klip video yang mengetengahkan pelakon lelaki sensasi Hisyam Hashim sebagai pelakon utama dalam muzik video berkenaan.

Kata penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu pemilihan Hisyam Hashim betepatan sekali dengan populariti yang sedang diraih oleh pelakon dari Singapura berkenaan ketika ini.

“Sama juga seperti pemilihan Remy Ishak untuk klip video Kisah Hati dulu, Alyah menggunakan pendekatan serupa untuk memilih Hisyam Hashim, walaupun terus terang Alyah memang tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini.

“Seperti juga dengan Remy Ishak, Alyah memang seorang yang pemalu kerana Alyah memang akui memang tidak pandai berlakon. Kena buat muka tebal kejap sepanjang penggambaran ini,” katanya.

Video muzik Sesal Separuh Nyawa diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan solekan Alyah mendapat sentuhan Bosco. Manakala pakaian diselaraskan oleh Bidin dan juga Yana.murai.com.
sumber: http://gabancomel.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved