Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman ~ Heliza Helmi

[x]

Hafiz Hamidun Bukan Lelaki Idaman ~ Heliza Helmi

on Friday 9 May 2014

"Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik," kata Heliza bagi menafikan Hafiz Hamidun dan dirinya kini sedang bercinta.

Menurut Heliza, Hafiz bukanlah ciri-ciri lelaki yang diimpikannya untuk dijadikan suami tetapi dia lebih menganggapnya sebagai seorang abang yang boleh memberi nasihat selain rakan seangkatan dalam bidang muzik tempatan.

Heliza Helmi berharap dengan pengakuan ini, namanya tidak lagi dikaitkan dengan artis Hafiz Hamidun kononnya mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami.

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki idamannya, Heliza enggan mengulas mengenai perkara itu kerana risau jika ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaku dialah lelaki yang dimaksudkan.

"Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah," selorohnya.

Dalam pada itu Heliza yang semakin aktif bergelar penceramah motivasi berharap, penjelasan berkenaan akan memuaskan hati semua pihak dan selepas ini tidak ada lagi pihak yang bertanyakan hal serupa berhubung hubungannya dengan Hafiz Hamidun.

Dalam pada itu Heliza berkata, dia masih lagi hidup solo dan menganggap masih belum tiba masanya untuk mempunyai pasangan hidup.

"Sekarang ini saya terlalu sibuk dengan dua projek iaitu pembikinan album solo berjudul Jom dan lagi satu adalah album duet bersama Salima (AF4).
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved