Isu Penculikan: Sabah Laksana 'Zon Perintah Berkurung'

[x]

Isu Penculikan: Sabah Laksana 'Zon Perintah Berkurung'

on Wednesday 7 May 2014


Rumah pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada kira-kira 2.45 pagi Selasa. Mangsa dikenali Yang Zai Lin, 34, berasal dari Guangzhao, China dan bekerja di syarikat Wonderful Terroce Sdn Bhd milik warga China dari Hongkong selama tiga tahun.

Kerajaan Sabah pada Selasa mengumumkan pelaksanaan 'zon perintah berkurung' di kawasan berisiko sebagai langkah drastik mengatasi isu keselamatan termasuk membanteras jenayah penculikan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata tiada sebarang pergerakan dibenarkan dalam zon berkenaan.

Selain itu katanya kerajaan negeri juga akan melaksanakan 'zon kawalan' yang akan mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan.

"Sesiapa yang ingin memasuki kawasan itu perlu mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Selain itu kita juga bersetuju untuk mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dua langkah berkenaan merupakan antara sembilan strategi yang diputuskan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikannya hari ini ekoran kes penculikan terbaru melibatkan seorang pengurus sebuah syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu.

Kira-kira pukul 2.45 pagi tadi, lima lelaki bersenjata, dipercayai jenis M16, menculik Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhao, China yang telah bekerja selama tiga tahun di syarikat Wonderful Terrace Sdn Bhd, milik warga China dari Hongkong.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved