SEHINGGA ke hari ini, pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley tidak pernah membuka mulut mengenai isu yang mengatakan dia sudah bernikah buat kali keduanya kepada media.
Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy sebelum bercerai pada Oktober 2012.
Menerusi GUA hari ini, dia memberitahu bahawa perkara itu akan dijelaskannya melalui satu sidang media tidak lama lagi.Ini berikutan sebutan kes hak penjagaan anaknya sudah hampir selesai.
“Rabu ini (21 Mei) merupakan sebutan terakhir kes saya. Selesai saya kes tersebut, saya akan beritahu segala-galanya. Saya jangkakan, perkara itu akan saya terangkan kepada semua sebelum bulan Ramadan ini,” ujarnya.
Jika benar Jimmy sudah bernikah sekali lagi, tahniah kami ucapkan.
Semoga pilihannya kali ini dapat menceriakan kembali kehidupannya yang pernah dilanda badai suatu ketika dulu…
sumber:http://www.siakapkeli.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment