Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua

[x]

Jimmy Shanley Tak Gembira Jumpa Anak – Bekas Ibu Mertua

on Friday 23 May 2014

Bekas ibu mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kassim memaklumkan kepada Mahkamah TinggiSyariah Shah Alam, semalam bahawa bekas menantunya, Jimmy Shanley tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira apabila bertemu dengan anaknya sendiri. Perkara itu disedari oleh Datin Muniroh apabila beliau menghantar Zahra ke rumah Jimmy di mana Jimmy tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap kehadiran anaknya sendiri.

Malah menurut Datin Muniroh, ketika Zahra dimasukkan ke hospital, Jimmy Shanley hanya datang melawat selama 5 minit sahaja. Menariknya Datin Muniroh memaklumkan yang dia tidak menghalang Jimmy untuk datang melawat anaknya sendiri bila-bila masa kecuali bermalam kerana kerja Jimmy selaku deejay radio bermula pada jam 6 pagi. Kata Datin Muniroh:-

Sewaktu cucu saya diwadkan di hospital kerana tidak sihat, dia cuma datang melawat lima minit sahaja. Datanglah pada bila- bila masa dia mahukan di siang hari kerana rumah tinggal kami tidak berjauhan antara satu sama lain.
Jika Zahra Rania bermalam di rumahnya, siapa akan menjaganya sewaktu bapanya keluar bekerja kerana Zahra Rania bangun tidur sekitar jam 8 pagi. Lagipun Jimmy hanya tinggal seorang diri di rumah.



Apa yang menyedihkan, menurut Datin Muniroh, Jimmy Shanley bukan sahaja tidak datang melawat anaknya, malah telefon dan bertanya khabar juga tidak dilakukan oleh bekas menantunya itu. Kesemua penerangan ini diberikan oleh Datin Muniroh ketika sesi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Perbicaraan kes akan bersambung 6 September depan. Info asal Sinar Harian.
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved