Mangsa dikatakan menghantar keretanya di bengkel itu pada awal Februari lalu selepas enjin kenderaannya gagal berfungsi ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Normah, 39, berkata, dia meninggalkan keretanya untuk dibaiki tiga pekerja bengkel itu berusia lewat 20-an itu.
“Ketika itu hari sudah lewat petang dan saya perlu segera mengambil anak pulang dari sekolah. Tanpa berfikir panjang saya menyerahkan kereta untuk dibaik pulih.
“Selepas memeriksa kereta saya itu, seorang mekanik memberitahu kereta itu mempunyai masalah brek dan meminta saya datang seminggu kemudian,” katanya.
NORMAH menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap bengkel berkenaan.
Menurutnya, dia bagaimanapun kecewa apabila kereta itu masih belum selesai dibaik pulih.
“Mekanik di bengkel itu mendakwa kereta perlu menjalani proses baik pulih enjin. Saya terpaksa bersetuju dan diarahkan datang semula seminggu lagi.
“Seperti dijanjikan, saya menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan kereta, namun pemilik bengkel berkenaan gagal dihubungi,” katanya.
Normah berkata, dia bagaimanapun hanya datang semua ke bengkel itu pada minggu lalu untuk mengambil semula keretanya.
“Namun, saya terperanjat apabila mendapati kereta saya itu hanya tinggal kerangka.
“Mereka memberi alasan enjin dan komponen pentingi kereta saya dihantar ke pekan Kajang untuk pemeriksaan lanjut. Malah, saya diugut apabila mempersoalkan tindakan mereka itu,” katanya.
Menurutnya, pemilik bengkel itu bukan saja memarahi saya, malah turut menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun.
Normah berkata, dia juga diarahkan untuk melangsaikan bayaran lebih RM5,000 untuk proses baik pulih berkenaan.“Saya minta mereka mengeluarkan resit dan bukti pemeriksaan dijalankan untuk rujukan namun mereka tidak mengendahkan permintaan itu.
“Sehingga kini pemilik bengkel itu bukan saja gagal dihubungi, malah kereta saya juga gagal dikesan,” katanya yang mengesyaki bengkel itu sudah melerai dan menjual komponen keretanya.
Susulan itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Batu 9, Cheras, di sini. -
sumber: http://sosejroll.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment