Lelaki Tinggal Di Pondok Bas Sejak Di Pukul Abang

[x]

Lelaki Tinggal Di Pondok Bas Sejak Di Pukul Abang

on Friday, 2 May 2014

Seorang lelaki nekad menghabiskan sisa hidupnya dengan tinggal di pondok bas sejak tiga tahun lalu apabila mendakwa sering dipukul abangnya yang juga pesakit mental ketika tinggal bersama di Kampung Tengah, Batu Pahat.

Sejali Senin, 50, mendakwa tindakan abangnya itu menyebabkan dia mengambil keputusan tinggal di pondok bas di Jalan Yong Peng-Batu Pahat berhampiran Parit Tengah, di sini.

Menurutnya, dia bekerja mengambil upah di kebun sayur berhampiran hanya berpendapatan RM20 sehari.

“Ramai orang sangka saya gila, tetapi yang gila sebenarnya adalah abang bukan saya. Saya sudah biasa dengan cara hidup begini dan bangku di pondok bas ini menjadi katil saya. Bila bosan, saya akan mendengar radio dan inilah saja harta yang saya ada,” katanya .

Dia berkata demikian kepada Harian Metro ketika ditemui menjalani ‘kehidupan hariannya’ di pondok bas.

Sejali berkata, dia mempunyai adik-beradik yang lain, tetapi tidak mahu mendedahkan jumlah adik-beradiknya dan sebab mengapa dia tidak mendapatkan bantuan mereka.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved