Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak

[x]

Mak Mah Nafi Perkahwinan Tidak Direstui Oleh Anak-Anak

on Wednesday 21 May 2014

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang peneroka Felda minggu lalu, timbul desas-desus bahawa perkahwinan Ruminah Sidek (Mak Mah) kali ini tidak direstui oleh anak-anaknya. Salah seorang daripada anak Mak Mah iaitu Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya itu sebagai “suami baru mak” menimbulkan persoalan. Ditambah pula Adlin meninggalkan majlis yang masih meriah secara tergesa-gesa menguatkan lagi desas-desus itu.
Malah anak bongsu Mak Mah juga tidak hadir dipercayai kerana sebab peribadi dan tidak merestui perkahwinan tersebut. Namun Mak Mah menafikan desas-desus ini dan menganggap pihak tertentu sengaja menyebaarkan cerita berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak mengetahui hal sebenar. Kata Mak Mah menerusi Harian Metro:-

Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh. Kalau mengenai Adlin itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya, dia tidak bermaksud begitu.

Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis. Orang luar tak tahu cerita sebenar pun.



Hmmmm. Restu atau tidak, perkahwinan ini telah sah dan Mak Mah kini adalah isteri kepada Al Fatah. Nak tak nak anak-anak Mak Mah kenalah belajar menerima kehidupan “ayah baru”. Apa pun diharap perkara ini tidak betul dan perkahwinan Mak Mah direstui oleh semua pihak terutamanya anak-anak Mak Mah sendiri. Semoga Mak Mah berbahagia bersama suami tercinta.
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved