Pasangan suami isteri dan kanak-kanak lapan tahun melecur disimbah asid

[x]

Pasangan suami isteri dan kanak-kanak lapan tahun melecur disimbah asid

on Thursday 8 May 2014


PENDANG - Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun melecur akibat disimbah asid oleh dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah gerai nasi lemak di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu berlaku ketika pasangan suami isteri dikenali sebagai Che Din, 50an dan Fatimah Shafie, 46, sedang berniaga nasi lemak.

Kanak-kanak itu, Abdul Hakim Wafi Abdul Razak pada masa itu sedang menunggu pesanan nasi lemaknya di hadapan meja gerai tersebut.

Bagaimanapun, dua suspek menaiki sebuah motosikal tiba-tiba berhenti di hadapan gerai dan menyimbah air berwarna kekuningan dipercayai cuka getah ke arah pasangan suami isteri berkenaan dan ia terpercik ke arah kanak-kanak berkenaan.

Che Din melecur di bahagian muka sehingga pinggang dan isterinya di bahagian belakang manakala Abdul Hakim Wafi pula melecur di bahagian kanan muka dan dada.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. 
sumber:- KOSMO!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved