Shaheizy Sam Risau Belum Kahwin, Ibu Dedah Sikap Cerewet

[x]

Shaheizy Sam Risau Belum Kahwin, Ibu Dedah Sikap Cerewet

on Friday 9 May 2014


Pelakon Shaheizy Sam mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa.

"Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Shaheizy Sam sebagai duta produk kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya.

Sam akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin.

"Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

Sementara itu, Khaty menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa.

Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia.

"Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu.

"Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved