Walapun lokasi penerbangan mereka dirahsiakan, banyak pihak membuat kesimpulan yang Hanez dan Romie telah pergi bercuti bersama-sama. Kata Hanez menerusi Pancaindera,
Ya saya tahu (tentang pendedahan tiket). Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi saya ambil langkah berdiam diri. Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu. Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya. Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.
Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah menganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak puas hati.
Ya sudah tentu (tidak mempunyai privasi). Saya rasa selepas ini pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang.
Hanez dikatakan akan mengambil tindakan kepada pihak yang mendedahkan gambar tiket tersebut...namun beliau enggan memberikan komen bentuk tindakan yang bakal diambilnya.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment