Tiz Zaqyah Rasa Lega Buang Sikap Berahsia

[x]

Tiz Zaqyah Rasa Lega Buang Sikap Berahsia

on Wednesday 21 May 2014


Pelakon Tiz Zaqyah menyifatkan pendekatannya untuk tidak berahsia mengenai hal peribadi sejak akhir-akhir ini membuatkan dia lebih selesa menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26 berkata, sebelum ini dia berasa tertakan kerana sikap berahsia itu setiap kali ditanya pihak media.

"Dulu saya selalu berahsia dalam banyak perkara kerana risau dengan pandangan orang dan diakui sedikit sebanyak ia memberi tekanan kepada saya.Tetapi sekarang ini saya menjadi diri saya sendiri.

"Mungkin pengalaman telah mengajar saya bahawa peminat sebenarnya boleh menerima artis itu seadanya. Dulu saya mempunyai persepsi yang salah yang pelakon tak boleh buat itu dan ini. Tapi sebenarnya tidak pun," katanya kepada mStar Online.

Tambah Tiz, kerana sikapnya yang terbuka itu, dia mendapat respons daripada peminat-peminatnya yang mengatakan dia lebih santai seperti orang biasa dan tidak seperti selebriti-selebriti lain.

Bagaimanapun, pelakon yang mula popular menerusi drama Nur Kasih ini berkata dia lebih selesa apabila dilihat seperti orang biasa dan tidak mengharapkan untuk selalu menjadi contoh kepada masyarakat.

Sementara itu, ditanya mengenai perhubungan cintanya dengan Daniel Haziq, Tiz berkata mereka masih lagi bahagia sebagai sepasang kekasih selain sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.
Malah dia juga gembira apabila kisah cintanya dengan Haziq tidak selalu diuar-uarkan di media berbanding ketika bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu.

"Jujurnya saya lega apabila perhubungan kami tidak selalu menjadi bahan berita dan ia sekali gus membuatkan saya selesa untuk berkongsi foto kami di Instagram.

"Tetapi... kahwin? Belum lagi, bukan dalam masa terdekat ini sebab tidak sempat nak buat persiapan kahwin," selorohnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved