Terbaru, catatan ditulis Neelofa meluahkan rasa tidak senangnya terhadap sikap sesetengah selebriti yang bersikap terlalu/suka hipokrit di laman sosial telah mencetuskan keadaan menjadi agak panas.
Lofa juga nak menyentuh sedikit mengenai segelintir artis atau mungkin “public figure” yang suka bersikap hipokrit dalam lama sosial. Perangai macam ini tidak akan ke mana sebab sebagai insan yang diperhati ramai, jangan biar umum “define who you are, you just go to be yourself”.
Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan benar dan tersangat baik. Menggunakan kata-kata positif agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.
Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu. Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan “move on” atau Lofa lebih selesa berdia diri.
Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadpa mereka yang ingin menjatuhkan kita. Kadangkal memang terasa seperti ingin balas tetapi bila Lofa fikir balik, ya Allah betapa kecilnya mereka ini dan rendahnya tahap pemikiran mereka untuk Lofa “play their game”.
Selepas sahaja catatan itu dikongsikan Neelofa, ramai peminat serta merta mengaitkan artis yang dimaksudkan ialah Nur Fazura, malah dalam masa yang sama Fazura juga dilihat seakan-akan membalas kembali kenyataan di laman sosial Twitter biarpun ia tidak dinyatakan statusnya itu ditujukan kepada siapa.
#No komen...
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment