Ulama "Selebriti" Di Tahan Polis

[x]

Ulama "Selebriti" Di Tahan Polis

on Thursday 8 May 2014

 Polis menahan seorang “ulama selebriti” kerana disyaki menipu puluhan individu dengan mendakwa dirinya mampu memberi penyembuhan kepada pelbagai penyakit.

Media semalam melaporkan Guntur Bumi ditahan di rumahnya di Bintaro, Jakarta Selatan awal pagi kelmarin.

Namanya diumum polis sebagai suspek penipuan bulan lalu.

Dalam laporan diterima polis, seorang mangsa Guntur berkata, “ulama” itu mendakwa berjaya mengeluarkan cacing, lipas dan batu dari badannya.

Guntur juga mendakwa individu terbabit menjadi mangsa sihir.

Sebagai balasan atas khidmat penyembuhan itu, Guntur mengenakan bayaran Rp75 juta (RM21,150) bagi membuang penyakit serta “membersihkan” rumah mangsa.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, pihak berkuasa masih dalam proses menyoal siasat Guntur serta empat pembantunya.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved