Pencuri tak kira siapa saja. Terkini dilaporkan sekumpulan pencuri telah cuba mengambil barangan katering yang diletakkan di belakang rumah Ajak Shiro di Johor untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.
Ibu Ajak yang terlihat perompak tersebut menjerit dan mengejutkan Ajak serta pencuri tersebut. Menurut Ajak Shiro,
"Mujurlah ibu saya perasan ada orang di belakang rumah mengambil barangan katering tersebut dan dia terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.
"Selepas mendengar jeritan ibu, mereka berhenti mencuri dan terus lari. Saya pula terus mendapatkan kereta saya untuk mengejar mereka.
"Bayangkan dari Kempas sampai ke Kulai saya kejar. Sudah macam adegan dalam filem pula. Habis jalan berlubang saya redah sampai rosak kereta dibuatnya. Walhal baru tiga bulan kereta itu saya beli,"

Kereta Honda Accord yang baru dibeli tiga bulan lalu oleh pelawak Ajak Shiro itu rosak teruk selepas dia menggunakan kenderaan itu untuk mengejar pencuri yang cubamelarikan barangan di rumahnya di Kempas, Johor pada pagi Ahad lepas
Tambah Ajak, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.
Selepas kejadian tersebut, Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai.

Dalam pada itu, pelawak Jep (Sepah) turut berada di tempat kejadian.
"Saya tak sangka Jep pun sanggup turun padang mahu membantu saya. Apa-apapun saya anggap ia sebahagian pengalaman yang tidak akan dilupakan kami sekeluarga," ujarnya.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment