Lebih Kurang 1,000 Orang Saya Block Di Instagram – Rozita Che Wan

[x]

Lebih Kurang 1,000 Orang Saya Block Di Instagram – Rozita Che Wan

on Tuesday, 10 June 2014

Fuh~~~ 1,000 orang tue dah kena “block” dengan Rozita Che Wan daripada mengikuti akaun Instagramnya. Tak dapat bayangkan kerugian tidak dapat melihat gambar-gambar cantik manis, jelita menawan yang dikongsikan oleh Che Ta. Kalau peniaga di Instagram lagilah rugi. Tak dapat buat iklan menerusi komen di gambar-gambar Che Ta.

Tak ada masalah untuk Che Ta mem”block” sesiapa yang tidak disukainya di Instagram. Dah namanya pun akaun Instagram miliknya, suka hati Che Ta lah nak buat apa. Rasanya yang kena “block” nie mesti yang bagi komen tak ingat dunia punya.Kata Che Ta menerusi Mstar Online:-

Bagi saya, Instagram saya adalah ‘personal’ . Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan follow. Saya pun pernah… lebih kurang 1,000 orang saya block.

Saya muat turun gambar pun, gambar dengan laki (suami). Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, sebenarnya kami bukan bercium pun. Tapi bila kita jelaskan, dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan laki (suami) orang.

Zain warna rambut pun nak komplen. Kita buat sesuatu benda mesti ada sebab. Dia terikat dengan Oh My English. Orang asyik nampak buruk je


Biasalah komen-komen nakal ini memang ada di mana-mana. Memang ada jenis manusia yang tak suka tengok orang lain gembira. Buat tak tahu sahaja. Kalau kita layan, lagi naik tocang mereka ini. Tak gitu?
sumber: http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved