Noh Dan Hujan Kini Bawa Haluan Sendiri?

[x]

Noh Dan Hujan Kini Bawa Haluan Sendiri?

on Thursday 10 October 2013

Senyap membisu, walhal Hujan antara band yang dikategorikan agak popular juga. Bagaimanapun, hari ini menerusi akhbar mymetro, Noh Hujan kini dilaporkan lebih banyak terbabit dengan projek khas bersama pemuzik lain berbanding dengan kumpulannya sendiri.

Adakah benar kumpulan dianggotai Noh, AG Coco, Hang Dimas, Izzat Huzaini dan Azham Ahmad itu ada masalah seperti pernah diperkatakan sebelum ini?

Menurut beberapa sumber terdekat dari band ini, nampaknya memang benar Hujan kini sedang dilambung ombak. Tambah sumber tersebut lagi, Noh sebenarnya tidak lagi sebulu dengan anggota Hujan yang lain.

Namun begitu, jelas, bila dah tiada sefahaman, macam-macam boleh berlaku. Barangkali kerana itu, masing-masing selesa bawa haluan sendiri. Khabar terbaru yang didengar, Noh kini menubuhkan band baru. Kalau benar Hujan berpecah, pasti pengikut setia band ini kecewa.

Benarkah perkhabaran Hujan ibarat retak menanti belah atau ia sekadar gimik yang sengaja dicipta? Harap perkara ini tidak terus menjadi teka-teki. Diharap Noh dan anggota Hujan yang lain tampil untuk jelaskan perkara sebenar.

sumber:, Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved