13 Kanak-Kanak Malaysia & Indonesia Cedera, Bas Terbalik Masuk Gaung

[x]

13 Kanak-Kanak Malaysia & Indonesia Cedera, Bas Terbalik Masuk Gaung

on Thursday 22 May 2014

Tiga belas kanak-kanak dari Indonesia dan Malaysia dikejarkan ke hospital selepas bas mereka terbalik dan terjatuh ke dalam ke dalam gaung di Australia Barat, kata polis Khamis.

Kanak-kanak yang berumur antara 10 dan 12 tahun itu sedang menuju ke Tasik Leschenaultia bersama dengan lapan orang dewasa untuk berkhemah pada petang Rabu apabila pemandunya hilang kawalan bas, yang menyebabkan bas terjatuh ke dalam gaung.

"Tiga mengalami kecederaan termasuk yang dipercayai patah tulang dan semua telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan," kata polis dalam satu kenyataan.

"Walaupun kecederaan yang dialami adalah serius, dipercayai ia tidak mengancam nyawa."

Lapan kanak-kanak ditahan di dua hospital Perth pada Khamis berada dalam keadaan yang stabil.

Lapan orang dewasa juga dimasukkan ke hospital, walaubagaimanapun tahap kecederaan mereka tidak diketahui.

Penyiasat berkata mereka sedang mengkaji sama ada kabus merupakan faktor menyebabkan kemalangan itu yang berlaku di Gidgegannup, 40 kilometer (25 batu) timur Perth.

Kanak-kanak dan orang dewasa terbabit adalah anggota kumpulan alam sekitar E- Ijau di Malaysia dan Tunas Indonesia, kata akhbar The West Australian.

Pecahan bangsa masih belum diketahui. 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved