Kerana Bergurau, 2 Pelajar Parah Jatuh Dari Tingkat Satu

[x]

Kerana Bergurau, 2 Pelajar Parah Jatuh Dari Tingkat Satu

on Thursday 22 May 2014

Gara-gara bergurau dengan dengan mengangkat rakan ke atas tembok, dua pelajar Sekolah Menengah Agama Pelangai cedera parah selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan asrama sekolah berkenaan,kira-kira jam 6.40 petang semalam.

Sebelum kejadian, kedua-dua pelajar terbabit, Muhamad Izzudin Mohd Saadan serta Hamirul Haqimi Hanafi masing-masing berusia 13 tahun bergurau dengan seorang daripada mereka diangkat ke atas tembok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohamed Mansor Mohd Nor berkata, tindakan mereka membawa padah apabila Muhamad Izzudin tiba-tiba tergelincir namun sempat menarik tangan Hamirul Haqimi sebelum kedua-duanya terjatuh.

"Gurauan mereka bertukar tragedi malah hampir membawa maut apabila kedua-duanya terjatuh dari tingkat satu hingga parah di kepala dan anggota badan.

"Warden asrama yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pelangai sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut,"katanya, ketika dihubungi di sini.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved