Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi

[x]

Cerita Lama Berulang Kembali – Zed Zaidi

on Sunday 25 May 2014

Masihkah anda ingat dengan kontroversi yang pernah melanda Aaron Aziz dan Zed Zaidi satu ketika dahulu? Ketika itu Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 dan Zed Zaidi telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Twitter. Sebentar tadi, Aaron Aziz sekali lagi merangkul anugerah yang sama dan membuatkan orang ramai ternanti-nanti reaksi Zed Zaidi.

Nampak gayanya Zed Zaidi tidak menghampakan penantian orang ramai dengan memberikan reaksi yang seolah-olah menggambarkan kekecewaan dirinya atas kemenangan Aaron Aziz. Tulis Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya:-



Walaupun tidak menyebut sebarang nama, rasanya ramai boleh menjangkakan apakah yang dimaksudkan oleh “cerita lama” itu. Secara jujur, tak faham apa yang Zed Zaidi tak puas hati sangat dengan Aaron Aziz. Walaupun berasal dari Singapura, Aaron Aziz berlakon di Malaysia dan mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh. Kemenangan Aaron membuktikan rakyat Malaysia juga mengakui bakat, kerajinan dan usaha keras yang ditunjukkan olehnya. Tak gitu? Apa pendapat anda?
sumber:http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Rezeki masing masing la bro, usaha lebih lebih la dpt nye.. y bro nk marah AARON AZIZ npe?? knpe x hamun peminat peminat AARON AZIZ..

#Redha,


25 May 2014 at 17:48

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved