WANITA yang cedera dibelasah suami menceritakan detik-detik kejadian tersebut kepada wartawan Kosmo! di HospitalAmpang semalam.
AMPANG JAYA – Seorang isteri tidak menduga suami yang diharap menjadi pelindung dirinya berubah sikap menjadi ganas dengan menyerang dan membelasahnya sehingga dia mengalami kecederaan parah di kepala, retak tulang pipi kiri dan patah jari kanan dalam kejadian di Pangsapuri Seri Nilam di sini Jumaat lalu.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, si isteri yang berusia 25 tahun terpaksa menerima dua jahitan di kepala, tiga jahitan di pipi kiri dan tiga jahitan lagi di ibu jari kanan selepas menjadi mangsa serangan selama dua jam oleh suami sendiri.
Bagaimanapun, dalam keadaan tidak bermaya mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dengan berlari keluar dari rumah yang terletak di tingkat 10 sebelum diselamatkan anggota polis peronda yang kebetulan membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment