Seekor penguin spesis Adelie di Antartika.
WASHINGTON: Satu jenis selesema burung jenis baharu dikesan buat pertama kali pada penguin spesis Adelie di Antartika, walaupun virus itu tidak dilihat akan membuatkan mereka sakit, kata penyelidik pada Selasa.
Virus tersebut tidak seperti mana-mana selesema berkaitan burung dari segi sains, kata laporan dalam mBio, sebuah jurnal Mikrobilogi Masyarakat Warga Amerika.
"Ia membangkitkan banyak persoalan yang tidak terjawab," kata penulisnya, Aeron Hurt, yang merupakan penyelidik kanan sains di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Rujukan dan Penyelidikan Influenza di Melbourne, Australia.
Penemuan itu menunjukkan bahawa "virus influenza berkaitan burung itu boleh berlaku di Antartika dan berada dalam populasi penguin," katanya.
Kajian itu merupakan yang pertama melaporkan mengenai virus influenza berkaitan burung, yang hidup dalam penguin, walapun penyelidikan sebelum ini telah mengesan bukti antibodi dalam darah penguin.
Hurt dan beberapa rakan penyelidiknya mengumpul sampel dari kira-kira 300 penguin Adelie di Teluk Admiralti dan Rada Covadonga pada Januari dan Februari 2013. - AFP
sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment