Ketika kejadian, mangsa dilaporkan mahu mengambil patung permainan yang terpelanting di bawah tayar jentera berkenaan.
Dalam kejadian 3.30 petang, Muhammad Harris Salihin Roemi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di depan rumah tidak bernombor ketika ayah mangsa mengundurkan jentolaknya selepas membuang pasir.
“Sebaik membuang pasir, ayah mangsa mengundurkan jentolak dipandunya, namun dipercayai tidak perasan anaknya di belakang lalu melanggarnya.
“Ini menyebabkan tayar belakang sebelah kiri jentolak menggilis kepala mangsa,” katanya.
Menurut Mohd Kamal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saya menasihatkan keluarga mempunyai anak kecil supaya berwaspada bagi mengelak kejadian seperti ini,” katanya.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment