Majlis resepsi itu dimulakan dengan bacaan selawat serta doa sebelum ahli keluarga kedua-dua pengantin menepung tawar pasangan mempelai dalam suasana yang cukup indah.
Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dengan busana berwarna merah hati yang membawa konsep moden kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.
Misha Omar yang ditemui Utusan Malaysia selepas selesai majlis melahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau dengan kehadiran rakan rakan artis meraikan majlis bermakna mereka berdua ini.
"Majlis ini telah dimeriahkan dengan rakan-rakan selebriti yang hadir menghiburkan tetamu dan ini adalah hadiah perkahwinan yang cukup bermakna buat saya.
"Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami," katanya di sini malam tadi.
Misha turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyediakan konsep yang cukup indah dalam merealisasikan impian perkahwinannya.
"Ini adalah majlis perkahwinan yang saya idamkan selama ini dan saya sangat berpuas hati dengan segala persiapan termasuk dua persalinan daripada Syaiful Baharim yang cukup indah.
"Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.
Majlis yang diacarakan oleh penyanyi Adibah Noor itu turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti Datuk M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa, Datuk Hattan serta Nurul.
Ikuti seterusnya gambar dibawah.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment