Coklat Cadbury Mengandungi DNA Babi (Procine)

[x]

Coklat Cadbury Mengandungi DNA Babi (Procine)

on Saturday 24 May 2014

Penyebaran satu laporan yang menyatakan bahawa coklat Cadbury yang digemari seluruh rakyat Malaysia mengandungi DNA khinzir amat memeranjatkan dan mendukacitakan.

Namun, hal ini belum disahkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Berikut merupakan kenyataan dari page Kementerian Kesihatan Malaysia:

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.
Pihak KKM sedang menyiasat perkara yang tersebar di media sosial dan internet berkaitan perkara ini.
Surat yang dikeluarkan perlu disahkan kesahihannya.
KKM akan memberi maklumbalas dengan kadar segera berkaitan dakwaan ini.
Mohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dari KKM dikeluarkan.

Berikut merupakan respon dari Cadbury Dairy Milk Malaysia.

Berikut merupakan kenyataan dari JAKIM:

Pengguna yang dihormati, Menjawab kepada isu keputusan makmal mengenai produk yang telah mendapat status pengesahan halal tetapi disahkan dikesan DNA babi tersebut,ianya adalah maklumat yang telah disebarkan BUKAN secara rasmi kepada pihak JAKIM mahupun kepada pengguna.

Untuk makluman pengguna, hanya keputusan analisa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia adalah mengikat di sisi undang-undang.

Justeru, para pengguna dinasihatkan agar tidak terburu-buru menyebarkan maklumat yang tidak sahih tersebut.

Perkara ini telah diadukan kepada Jakim pada hari ini (23 mei 2014) dan Jakim juga telah mengambil maklum serta membuat siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
-Bahagian Hab Halal, Jakim.

Gambar yang tersebar di laman sosial berkenaan Cadbury mengandungi darah babi:

P/s : Yang menjadi persoalan di sini, kenapa tulis Cabbury dan bukan Cadbury? Ada coklat tiruan jenama Cabbury ke? Kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak JAKIM dan KKM.
sumber: http://www.mazeermohamad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved