Isu saman MAS, Hanez Suraya alami tekanan emosi mendalam

[x]

Isu saman MAS, Hanez Suraya alami tekanan emosi mendalam

on Friday 23 May 2014

 Umum mengetahui, pelakon kontroversi, Hanez Suraya nekad menfailkan saman terhadap Malaysia AirlinesSystem (MAS) kerana didakwa membocorkan butiran peribadi penerbangan mereka ke Siam, Thailand.

Menurut peguam kepada aktres jelita itu, saman berkenaan difailkan kerana tindakan MAS mendedahkan maklumat tiket peenrbangan dikatakan menyebabkan Hanez mengalami gangguan dan tekanan emosi yang mendalam.

"Akibat dari pendedahan itu, keratan tiket penerbangan berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial, blog dan akhbar tempatan menyebabkan anak guam kami mengalami gangguan dan tekanan emosi dan melanggar Akta Data Peribadi (APDP) 2010."

Dalam tuntutan saman yang sudah difailkan semalam, pasangan kekasih itu menuntut ganti rugi berbentuk am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos daripada MAS.

"Saya berharap perkara sebegini tidak berlaku sehingga menyebabkan cemuhan diterima ekoran pendedahan yang dilakukan."

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved