Kes Pelajar Tumbuk Guru Sedang Di Siasat

[x]

Kes Pelajar Tumbuk Guru Sedang Di Siasat

on Saturday 24 May 2014

Kes seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, menumbuk guru disiplin sekolah berkenaan petang kelmarin sedang disiasat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Md Jais Sarday berkata, jabatan itu akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.

Menurutnya, jabatan pelajaran negeri juga masih belum menerima laporan lengkap mengenai kejadian terbabit bagi membolehkan tindakan lanjut diambil ke atas pihak terbabit.

"Saya tidak dapat beri komen mengenainya kerana belum terima laporan lengkap daripada jabatan pendidikan negeri berhubung kejadian terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Turut difahamkan juga, kedua-dua pihak terbabit dalam kejadian yang turut disebarkan secara meluas di laman sosial itu sejak semalam turut bersetuju untuk menyelesaikan kejadian dengan berdamai tanpa diambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Ruslan Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved