Seminggu Bergelar Isteri, Mak Mah Akui Gembira & Bahagia

[x]

Seminggu Bergelar Isteri, Mak Mah Akui Gembira & Bahagia

on Saturday 24 May 2014

Selepas kira-kira seminggu bergelar isteri, pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui dirinya berasa cukup bahagia di samping suaminya, seorang peneroka Felda dari Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Menurut Mak Mah, walaupun pada mulanya dia berasa kekok memandangkan sudah 41 tahun menjanda, dia mula serasi dengan kehidupan sebagai sepasang suami-isteri.

"Susah nak cakap sebenarnya. Apa yang saya boleh katakan, hati saya sedang berbunga-bunga. Kalau boleh mana-mana pergi kami mesti mahu bersama.

"Maklumlah, sekarang ini saya sudah ada peneman dah tak macam dulu. Rasa kekosongan itu terisi,"

Tambah Ruminah, kedua-dua mereka saling tidak mahu berenggang, namun terpaksa akur kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu dilunaskan.

Ditanya apakah rutin wajib dibuat setiap hari, Ruminah berkata dia akan memastikan minuman kegemaran suaminya itu akan dihidang mengikut masa-masa tertentu.

"Saya seorang yang tidak minum minuman yang bersusu selain jus buah. Tetapi berbeza pula dengan suami, ada masa dia mahukan teh dan kadang kala kopi.

”Jadi saya pun perlu belajar bancuh minuman kegemarannya untuk dihidangkan setiap hari. Alhamdulillah, suami saya tidak cerewet," ujarnya.

Ruminah selamat bergelar isteri Al Fatah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, di Meru, Klang pada 17 Mei lalu.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved