Pelakon Wanita Cium Pengarah Cemar Kesucian Islam

[x]

Pelakon Wanita Cium Pengarah Cemar Kesucian Islam

on Saturday 24 May 2014


Seorang pelakon wanita Iran, Leila Hatami menimbulkan kemarahan pihak berkuasa negaranya minggu lalu, selepas gambar beliau sedang mencium pipi pengarah Pesta Filem Cannes, GIles Jacob tersebar. Tindakan artis wanita ini dianggap telah mencemarkan kesucian Islam.

“Mereka yang menghadiri sesuratu acara diperingkat antarabangsa dikehendaki mematuhi etika dan kesucian warga Iran bagi menjaga imej negara Iran di mata dunia.” kata Timbalan Menteri Kebudayaan, Hossien Noushabadi.Dilahirkan dalam keluarga dengan latar belakang lakon layar, Hatami meraih populariti antarabangsa berikutan peranannya dalam filem Asghar Farhadi “Satu Perpisahan” yang memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Sememangnya Hatami lahir daripada keluarga yang berlatarkan kesenian. Namanya mula melonjak naik ketika dia memenangi Anugerah Akademi 2012 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tindakannya baru-baru ini mendapat keceman hebat daripada kerajaan negara Iran. Hal ini kerana, menurut tafsiran undang-undang Itan yang diguna pakai sejak revolusi 1979 lagi, seorang perempuan tidak dibenarkan mempunyai hubungan fizikal dengan lelaki di luar lingkungan keluarganya.
sumber: http://kaksemoh.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved