Piala Thomas: Diskaun di restoran Mamak jika Malaysia menang

[x]

Piala Thomas: Diskaun di restoran Mamak jika Malaysia menang

on Saturday 24 May 2014


Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan harga diskaun ke atas menu makanan dan minuman sekiranya Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014 esok.

Presidennya Noorul Hassan Sani Hameed berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih 6,000 ahli persatuan itu untuk memberikan pakej makanan dan minuman istimewa jika Malaysia berjaya membawa pulang piala tersebut selepas 22 tahun.

“Kami tidak membuat perancangan sebelum ini kerana kami pun tidak sangka Malaysia boleh masuk perlawanan akhir”, katanya.

Beliau berkata sudah kelaziman bagi anggota persatuan itu menyediakan televisyen dan skrin besar di premis untuk pelanggan mengikuti siran langsung acara sukan.

Mengakui sukan memupuk perpaduan masyarakat, Noorul Hassan, yang mensasarkan Malaysia menang 3-1 ke atas Jepun, berkata persekitaran muhibah dan ‘boleh duduk semeja’ dapat dilihat setiap kali acara sukan ditayangkan, lapor Bernama.
sumber: http://blog.mykongsi.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved