Bakal bergelar bapa...Beego mengakui gementar apabila mengetahui isterinya hamil anak pertama mereka.
Pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego mengakui gementar apabila mendapat tahu bakal bergelar seorang bapa selepas isterinya, aktres Linda Hashim didapati hamil.
Beego, 33, berkata, perasaan itu timbul kerana tidak mempunyai pengalaman menjaga bayi namun bersyukur bakal dikurniakan dengan cahaya mata walaupun baru beberapa bulan berkahwin.
"Gementar kerana saya tiada pengalaman menjadi seorang bapa tetapi ia adalah berita yang cukup menggembirkan dan berharap keadaan isteri dan kandungan akan selamat," katanya kepada mStar Online.
Pasangan itu bernikah pada 8 Jun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Beego sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 dan bercerai pada 16 Mac 2009.
Beego dan Linda telah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum berkahwin pada bulan Jun lalu.
Tambah Beego, sejak mengetahui isterinya hamil dia mengakui lebih berasa bertanggungjawab terhadap rumah tangga dan sentiasa risaukan keadaan isterinya yang kini mengandung dua bulan.
"Tanggungjawab saya sekarang semakin besar kerana perlu menjaga Linda dan bayi yang bakal lahir dengan sebaik-baiknya malah dan tidak sabar rasanya menanti kehadiran orang baru itu nanti," ujarnya.
Dalam pada itu, Linda yang ditemui berkata, dia terharu dengan layanan istimewa suami terhadapnya selepas disahkan hamil malah Beego telah mula membuat persiapan walaupun dia dijangka bersalin pada April tahun depan.
Malah kata Linda, keluarga mertuanya juga cukup teruja apabila mengetahui bakal menerima 'orang baru' dan mengambil berat tentang kesihatannya.
"Beego semakin rajin menguruskan hal rumah sejak saya mengandung namun saya masih membantunya kerana kandungan juga masih baharu dan boleh membuat kerja," ujarnya.
Sementara itu, Linda berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk pada awal kandungannya dan dan masih melakukan aktiviti harian seperti biasa.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment