AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita
Dungun: “Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya,” kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.
Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.
Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.
“Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.
sumber:MyMetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment