Suspek Ugut Ketua Polis Pulau Pinang Di Tahan

[x]

Suspek Ugut Ketua Polis Pulau Pinang Di Tahan

on Saturday, 28 September 2013

Pihak polis akhirnya berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai terlibat dengan kes ugutan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Isnin lalu.

Menurut info, suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan di sekitar kawasan Klang, Selangor awal pagi tadi.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown dan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahim dilaporkan menerima SMS ugutan yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Abdul Rahim kemudiannya telah membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Derah Timur Laut,Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan itu.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved