Yiu Lin bakal timang baby Girl Azlan Iskandar

[x]

Yiu Lin bakal timang baby Girl Azlan Iskandar

on Friday, 27 September 2013



Langsung tidak merancang untuk menimang cahayamata dalam masa terdekat, isteri kepada bintang squash negara Azlan Iskandar iaitu Yiu Lin redha apabila mendapat tahu dirinya kini berbadan dua.

Sudah memasuki usia lima bulan setengah, Yiu Lin kini terpaksa mengurangkan sedikit aktiviti perusahaan fesyennya kerana perlu memberi lebih tumpuan kepada bayi yang bakal lahir ke dunia tidak lama lagi.

Ditemui semalam ketika majlis pelancaran usaha sama label fesyen miliknya, Shoe Shoe Shoe dan Dude & The Duchess di pusat beli-belah Publika, Damansara semalam, Yiu Lin turut berkongsi jantina bayi perempuan yang bakal dilahirkannya itu.

Malah jauh dari kebiasaan, dia nampaknya semakin giat melakukan senaman bagi memastikan kandungannya itu berada dalam keadaan sihat.

"Kalau cakap bersedia, sampai bila-bila pun saya tak akan bersedia untuk menimang cahaya mata. Tetapi apabila dapat tahu saya telah hamil, perasaan gembira dan teruja untuk menyambut kelahirannya mula terasa.

"Selain mengamalkan pemakanan sihat, saya juga mula melakukan senaman ringan seperti yoga dan pilates yang sama sekali tidak pernah saya lakukan ketika sebelum hamil," katanya yang masih kelihatan hebat bergaya walaupun masih berbadan dua.

Yiu Lin, 34 dan Mohd Azlan Iskandar, 31 telah diijabkabulkan pada 8 Disember tahun lalu di resort serba indah dikenali Casabrina Villa di Raub, Pahang yang telah disaksikan 300 tetamu.

Menurut Yiu Lin, apabila mendapat tahu dirinya hamil selepas menjalani ujian, dia tidak cepat terburu-buru sebaliknya melakukan ujian sekali lagi sebelum memberi tahu berita gembira berkenaan kepada suami tersayang.

"Memang Azlan mahukan bayi dalam masa terdekat iaitu selepas kami berkahwin. Bagaimanapun saya tak boleh terlalu terburu-buru, takut pula dia bersedih apabila mendengar bahawa saya tidak hamil. Sebab itu saya telah menjalani ujian kehamilan sebanyak dua kali.

"Terus terang, saya tidak pernah mengikuti sebarang proses pemeriksaan kehamilan dan apabila dapat mengalaminya sendiri pada setiap bulan, saya dapat rasakan ianya sebuah pengalaman yang sangat indah lagi mengajaibkan," katanya.

Bercerita mengenai nama yang bakal diberikan kepada bayi perempuannya itu, Yiu Lin berkata dia dan suami sudah bersetuju untuk menamakannya Zara Aaliya yang membawa maksud sangat indah lagi manis untuk disebut.

Katanya, sebagai persediaan dia dan suami telahpun membeli semua keperluan bayinya ketika berkunjung ke kota London dan New York baru-baru ini.
sumber ; http://blackandwhiteborneo.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved