Di Sebalik Lirik Lagu Bawaku Pergi By Zizan Feat Kaka

[x]

Di Sebalik Lirik Lagu Bawaku Pergi By Zizan Feat Kaka

on Monday, 30 September 2013

 Bawa aku pergi menceritakan tentang keadaan Roh Rohani yang menginginkan untuk berada d alam yang jauh. Bermula dari alam Mulki, kemudian ke alam Malakut, seterusnya ke alam Jabarut dan pengakhirannya di alam Lahut. Alam lahut terlalu jauh dari dunia manusia tetapi terlalu hampir dengan Allah.


~~”Pacu laju-laju” memberi makna tentang alunan zikir. Untuk mencapai / keberadaan DIRI di alam malakut, Jabarut mahupun Lahut, hentakan zikir amat penting. Itu juga menggambarkan betapa hati menginginkannya.

~~”Tak perlu kita kembali” membawa maksud apabila roh rohani telah berada di alam Lahut, atau di panggil juga fanalillah… maka, tidak akan ada perasaan untuk kembali semula ke dunia ini kerana Alam Lahut adalah negeri asal Qurbah (roh rohani/DIRI). Firman Allah dalam hadith Qudsi : “Aku adalah kanzun Mahfiyyan (Yang terpendam dan Tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku.” Ini adalah cerita tentang makrifatullah.

~~Tengah malam atau 1/3 malam merupakan waktu yang paling baik untuk seseorang hamba yang beriman bangun menghadap Allah Ta’ala. Begitu juga dengan keadaan diri penulis. Sudah cukup lama penulis menantikan saat untuk ditemukan dengan Qurbah.

~~”Sejak kali terakhir kau hantar pulang” membawa erti penulis pernah berjumpa dengan Qurbah tetapi hanya seketika apabila dia kembali berada dalam dunia reality…langsung hidupnya terasa begitu sepi dan sunyi…

~~”Tolong jangan bilang mama…tolong jangan bilang papa…malah jangan bilang teman karibmu…Jangan bilang sesiapa..” membawa makna apa yang dilihat di alam Lahut itu terlalu rahsia. Kerana, di alam Lahut itu, syaitan dan iblis mahupun malaikat tidak mampu untuk menembusinya. Hanya insan sahaja. Firman Allah dalam Hadith Qudsi : “Manusia adalah rahsiaKU, dan Aku adalah rahsia manusia.”

~~Ilmu batin adalah rahsia di antara rahsia-Ku, Aku jadikan di dalam hati hamba-Ku dan tidak ada yang menempatinya keuali Aku.”

~~”Buku merah” sinonim dengan passport. Di dunia reality, apabila kita hendak keluar daripada Malaysia, pasti perlukan passport. Begitu juga dengan keadaan alam ini. Passport akhirat amat diperlukan. Passport itu adalah amal ibadah. Semoga amal itu kian berterusan..dan tidak luput di akhirnya…

~~”Mata dalam kaca” adalah mata hati. Firman Allah : “Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya,” ( surah an_Najm :11)

~~”Sarung tangan hitam, Atas muka ada topeng” memberi makna luaran tidak menggambarkan dalaman. Kerana Allah itu menilai hambaNya melalui dalaman seseorang.

~~Untuk mengingati Allah, tidak perlu menggunakan lafaz lisan. Cukuplah dengan detik-detik di hati. Firman Allah : ”Katakanlah : “Serulah Allah atau serulah ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru. Dia mempunyai Asma-ul Husna.” Nabi bersabda : “ ilmu ada dua macam. Pertama, Ilmu lisan. Itulah hujjahnya Allah bagi makhluknya. Kedua, ilmu Hati, itulah ilmu yang bermanfaat kerana kebanyakan manfaat ilmu bersumber di daerah hati.”

~~”Hero” yang dimaksudkan adalah DIRI yang telah menanti. Bersedia untuk membawa diri ke sempadan negeri Lahut, iaitu negeri asal Qurbah.

~~”Aku pacu, engkau bonceng” Diertikan dengan jalan-jalan yang ditunjuk oleh Allah. Kita hanya perlu melalui jalan itu dengan keyakinan yang tinggi pada Allah. Rasul berdoa : “ Ya allah, tunjukilah kami jalan yang benar adalah benar dan beri kemampuan kepada kami mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami bahawa yang salah itu adalah salah dan berilah kami kemampuan untuk menghindarnya.”

~~Tinggalkan alam Mulki, Malakut, Jabarut..ayuh kita tawan puncak dunia. Itulah dunia Lahut. Tinggalkan kemewahan dunia yang lagha, mari kita kembali kepada cara hidup Rasul dan pemimpin terdahulu dengan sentiasa zikir mengingati Allah. “kejarlah Akhirat, nescaya dunia mengekorimu.”

~~Merenung (tafakur) jauhlah ke dalam dirimu sendiri. Keluarkan sifat-sifat haiwan yang membaluti mu. Bersihkan segalanya. Sehingga DIRI Qurbah itu benar-benar suci, putih dan bersih..maka berjumpalah kalian dengan ‘syurga’.

~~Apabila kita telah berada di alam Lahut, tiada siapa akan peduli…tiada siapa akan ambil tahu..bahkan kita tidak tahu apa yg berlaku di dunia reality. Hanya DIRI dan ALLAH sahaja mengetahui apa yg berlaku di alam Lahut. Hadith Qudsi: “Wali-waliKU berada di bawah kubah-kubahKU. Tidak ada yang mengetahuinya selain AKU…
sumber :Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved