Abby Abadi perjelas kontroversi kahwin lelaki muda - Kontroversi Abby Abadi berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda dari usianya terus dipertikaikan oleh segelintir individu yang nyata tidak senang dengan kehidupan bekas pelakon itu dan penampilannya yang sudah berubah ke arah baik.
Ekoran itu, Abby menerusi portal Sinar Harian tampil membuat penjelasan panjang lebar. Beliau berkata, jodoh dengan Farhan memang sudah ditentukan Allah SWT kerana hanya selepas dua minggu mengenalinya, mereka telah sepakat untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.”
"Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik. Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan.”
Dalam perkembangan sama, Abby turut bercerita tentang penerimaan tiga anaknya iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan pelakon Norman Hakim sebelum bercerai pada Disember 2008.
“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga."
“Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula.”
sumber : http://www.rilekblog.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment