Nak Jumpa Cucu, Kena Jumpa Saya Dulu – Farid Kamil

[x]

Nak Jumpa Cucu, Kena Jumpa Saya Dulu – Farid Kamil

on Tuesday, 30 July 2013

Nampaknya hubungan antara Farid Kamil dan ibu mertuanya memang berada di fasa yang sangat tidak baik. Terkejut dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Farid Kamil menerusi Mstar Online. Terasa macam babak dalam drama Melayu pulak.

Diminta mengulas hubungan dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramil, Farid Kamil berkata:-

Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu. Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka. Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati

Nampak gayanya memang benarlah bahawa perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle tidak direstui oleh ibu mertuanya. Malah menurut Farid Kamil, Diana Danielle turut merasa kecewa dengan sikap ibunya itu. Kata Farid lagi:-

Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin
Untuk makluman, buat masa ini anak sulung Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi belum diberikan nama. Kata Farid:-

Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu. Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana.

Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap “mother blues” iaitu terlalu melindungi anaknya.Saya sendiri tidak dibenarkan memegambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya,


Semoga dengan kehadiran cucu ini, hubungan Farid, Diana dan ibu mertua akan dapat dirapatkan semula. Selalu orang tua-tua ini bila dah tengok cucu hatinya akan lembut. Mungkin Farid boleh ambil inisiatif untuk membawa anaknya bertemu dengan si nenek. Insya-Allah akan dipermudahkan.
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved