Watak antagonis beri kepuasan

[x]

Watak antagonis beri kepuasan

on Tuesday, 30 July 2013


Meskipun namanya agak tenggelam, hakikatnya, rezeki penyanyi dan pelakon Farahdhiya tidak pernah putus dalam bidang seni.

Malah, pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin mengakui dia juga tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon sejak tahun lalu.
Sepanjang Ramadan hingga selepas Aidilfitri nanti, Farahdhiya berkampung di lokasi penggambaran drama bersiri sebanyak 20 episod berjudul Derhaka Seorang Madu arahan Fairuz Loy untuk TV3. Dia juga bergandingan dengan pelakon Lisdawati dalam drama bersiri ini.

“Saya terima tawaran berlakon dalam cerita ini kerana tertarik dengan watak antagonis atau jahat iaitu Rozita yang juga bermadu dengan isteri pertama dalam cerita ini.
“Terus terang, saya berasa rindu untuk bawa watak antagonis kerana sudah lama tidak melakonkan karakter sedemikian.

“Saya memang agak keberatan jika buat projek drama bersiri pada Ramadan tetapi saya sukar menolaknya apabila ditawarkan watak antagonis dalam drama bersiri Derhaka Seorang Madu ini. Karakter antagonis juga memberi kepuasan pada saya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Ditanya sama ada dia tidak bimbang orang benci padanya kerana karakter antagonis dilakonkan, Farahdhiya berkata peminat sekarang sudah bijak membuat penilaian.

“Peminat juga tahu watak antagonis saya lakonkan dalam drama itu sekadar lakonan semata-mata. Apabila peminat benci maksudnya karakter antagonis yang dilakonkan itu berjaya menimbulkan kesan pada penonton,” katanya.

Kali terakhir dia melakonkan watak antagonis dalam drama bersiri Cinta Jangan Pergi.
Sebelum ini, Farahdhiya turut berlakon dalam drama untuk Slot Lestary Ku Cinta Kau Seorang yang diterajui pelakon Remy Ishak, Telemovie komedi Kalut Raya, Madu-Madu Raya dan banyak lagi.

Apapun, penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini mengakui dia lebih suka memasak sendiri juadah berbuka berbanding membeli di bazar Ramadan.

“Saya memang minat memasak termasuk buat resipi sendiri sejak dulu. Kalau masak juadah Melayu emak memang suruh saya yang masak untuk keluarga di rumah.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved