Foto : Fasha Sandha Sambut Hari Kelahiran Suami

[x]

Foto : Fasha Sandha Sambut Hari Kelahiran Suami

on Tuesday, 30 July 2013


Pada tanggal 25 Julai lalu, pelakon dan model terkenal, Fasha Sandha telah meraikan ulangtahun kelahiran suami tercinta, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan, nampaknya bukan Fasha seorang sahaja yang meraikan ulangtahun kelahiran suaminya itu, malah majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Jejai, putera tunggal Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli serta ahli keluarga terdekat.

Ibu Jejai, Raja Nora, turut meluahkan rasa syukur apabila melihat anaknya kini sudah mencecah usia 37 tahun.

Tak sedar masa berlalu. Jije is 37 years old. Alhamdullillah. @rizalashramrnt@fashasandha @cholaholla@minramli

Dalam pada itu, nampaknya Jejai dan Fasha sememangnya pasangan suami isteri yang romantis. Ini kerana, menerusi kata-kata yang tertera di laman Instagram mereka, masing-masing dilihat saling menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.

Thank u wifey for organizing buka puasa get together on my birthday. Thank you daddy,mummy, uncles, aunties, cuzzies etc for coming! Kenyang nak mamps….@rajanoora @fashasandha @cholaholla @minramli

Inilah dia cinta hati hamba.. Susahnya nak ajak dia ambik gambar :’) Selamat hari lahir malingku sayang. On this special day I want you to know,I love you more than I could write in words or show. Semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati selalu. My love, my best friend :’) @rizalashramrnt #putrarayfalramli

Wah, untung Jejai dapat isteri yang cantik dan penyayang kan? Baguslah. Diharapkan rumahtangga pasangan ini akan terus berkekalan dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh serta solehah.

Apa pun, untuk semua peminat Fasha, jom layan beberapa foto menarik pelakon tersebut selepas ini. Enjoice!
Fasha Sandha  13Fasha Sandha  9

Fasha Sandha  6Fasha Sandha  8

Fasha Sandha  4Fasha Sandha  3
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved