Digam Stesen TV, Faizal Tahir Mahu Bersikap Positif

[x]

Digam Stesen TV, Faizal Tahir Mahu Bersikap Positif

on Wednesday, 31 July 2013



Rasanya ini bukan kali pertama penyanyi popular Faizal Tahir digam stesen televisyen, sebelum ini dia pernah menimbulkan kontroversi gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan.

Baru-baru ini, Faizal Tahir sekali lagi digam oleh sebuah stesen televisyen swasta, namun atas sebab-sebab yang kurang jelas. Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, pelantun lagu Hanyut ini berkata, ia sama sekali menganggap ianya tidak mengganggu periuk nasinya sebagai anak seni.

"Tiada apa yang perlu saya komen tentang perkara ini. Pihak yang tertentu seharusnya perlu beri jawapan tentang isu ini. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya mahu bersikap positif dengan apa yang berlaku.

"Saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan ianya ada di mana-mana. Ianya sama sekali tidak menganggu karier nyayian saya. Saya mahu bersikap realistik dan diplomatik dalam perkara ini kerana saya berada di landasan yang benar. Tidak perlu saya melawan benda yang betul," jelas Faizal Tahir ditemui ketika majlis buka puasa bersama syarikat rakaman Monkey Bone di Hotel Maya.

Tambah Faizal lagi, dia mahu fokus dengan album ketiganya yang berada di pasaran sejak empat bulan lalu dan tidak mahu ambil pusing tentang perkara remeh seperti ini.

"Fokus utama saya adalah album ketiga saya ini dan saya tidak mahu perkara seperti ini akan menghalang kerja-kerja harian saya. Tambahan pula jualan album ketiga ini agak perlahan dan ada beberapa perkara yang perlu dirancangkan kembali.

"Saya perlu duduk dan bincang semula tentang perkara ini kerana apa yang saya lihat ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada pandangan saya peminat-peminat sekarang ini lebih gemar dengan lagu 'single' berbanding pengeluaran album.

"Insya Allah beberapa perancangan telah dibuat untuk mempromosikan album ketiga ini selain dari jelajah seluruh negara yang telah saya buat baru-baru ini," katanya lagi.

Sementara itu, Faizal juga melahirkan rasa gembira dan syukur kerana kehadiran cahaya mata yang kelima iaitu Puteri Nawar Malaeka yang selamat dilahirkan dua bulan. Kelahiran puterinya yang kelima itu banyak beri ruang rezeki kepada dirinya dan keluarga.

"Alhamdulillah kehadiran cahaya mata saya yang kelima ini banyak memberi ruang rezeki kepada saya dan keluarga. Malah, ia juga beri saya motivasi untuk bekerja lebih kuat dan tahun ini rasanya sambutan hari raya kami sekeluarga tahun ini pasti lebih meriah," jelasnya pendek.
sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved