Tengkorak rambut panjang tergantung dicelah pokok

[x]

Tengkorak rambut panjang tergantung dicelah pokok

on Monday, 29 July 2013


Tengkorak manusia (dalam bulatan) ditemui tergantung di sebatang pokok di Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang

SEPANG – Seorang pekerja landskap terkejut menemui tengkorak wanita berambut panjang tergantung di celah sebatang pokok rimbun di pintu masuk Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini .

Kejadian pukul 11 pagi itu disedari oleh pekerja itu kira-kira 100 meter dari bangunan Terminal Penerbangan KLIA. 

Satu sumber berkata, tengkorak manusia warga China itu ditemui oleh seorang pekerja yang ditugas menebas rimbunan pokok di kawasan itu. Sumber itu berkata, pokok itu dipercayai pokok mengkuang.

“Semasa melakukan kerja-kerja di situ, pekerja itu terkejut menemui tengkorak manusia tergantung di celah pokok manakala rangkanya pula bersepah di tanah.

“Rangka manusia itu berseluar jeans dan berbaju serta berambut panjang,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo!.

Sumber : kosmo.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved