Nampaknya dua penerbit filem popular Malaysia ini sering bercanggah pendapat sekarang. Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit dan pengarah Ahmad Idham yang menyalahkan FINAS diatas kejatuhan kutipan filem tempatan, nampaknya kini giliran David Teo pula bersuara untuk membidas kenyataan itu dan mempertahankan badan tersebut.
“Janganlah menuding jari kepada FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS, pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah sebabnya.
“Jangan jadi produser filem sekiranya tidak bersedia mengambil risio mengalami kerugian. Sekiranya tidak mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah dan keuntungan.” jelas David Teo.
Menurut David Teo lagi, sesebuah perniagaan pastinya mempunyai untung dan rugi. Setiap filem yang dihasilkan mestilah menepati selera rakyat Malaysia dan bukannya filem yang syok sendiri.
“Saya cukup kesal dengan kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!
“Kenyataan Idham yang mempertikai dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS”, jelasnya lagi.
Sering sahaja kelihatan di Twitter akan konflik antara dua penggiat filem tempatan ini. Tapi kita buat tak nampak ajelah dulu
sumber : http://ohartis.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment