Mayat Bayi Di UiTM Dungun

[x]

Mayat Bayi Di UiTM Dungun

on Friday, 30 August 2013

Mayat bayi dalam kumbahan

Kes buang bayi bukanlah kes yang luarbiasa kat Malaysia ni..cuma yang sedihnya kadang-kadang mereka-mereka yang terlibat ni golongan terpelajar, bukan dikhalangan mereka-mereka yang drop out. Dan kita selalu bayangkan kalau kita ada ilmu, selalunya kita akan lebih bijak berfikir. Tapi tulah, even manusia ni diberikan akal dan ilmu, tapi kalau tak guna takda bezanya...

Itulah yang terjadi apabila mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun Terengganu. Dan pasti kalau di temui disini, besar kemungkinan pelakunya adalah salah seorang pelajar di UiTM Dungun. Hmmm...siapalah dia ya..

Mayat yang disangka anak patung itu, ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi. Semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.

p/s: Sedihkan, dan kita memang tak faham bila ada orang yang sanggup membunuh manusia lain coz kalau kita nak bunuh binatang pun tak sanggup, inikan pulak manusia yang bernyawa. Semoga mereka yang telibat segera kembali ke pangkal jalan kerana dosa membunuh adalah terlalu besar. Tak akan diampun kecuali bertaubat..
sumber : http://myblogsantai.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved