Bekas ahli kumpulan Ruffedge yang kini giat berada di belakang tabir pengarahan, Syed Hussein atau Sein mendedahkan dia dan isterinya Nana Muhammad bakal menimang anak ketiga tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, kandungan isterinya itu kini sudah memasuki bulan keempat.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya lalui buat masa sekarang kerana bagi saya semuanya cukup sempurna dan sungguh bahagia,” katanya memetik portal hiburan Rotikaya.
Hasil perkahwinannya dengan Nana, pasangan itu telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syed Taariq dan Syarifah Inaiya.
Sementara itu, buat peminat Sein jangan lupa saksikan lakonan terbarunya menerusi filem arahan Namron berjudul Psiko Pencuri Hati bermula 2 September ini.
sumber : mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment