Begitu kata Muhammad Naim Che Rose, 16, menceritakan detik akhir bersama rakan karibnya, Mohammad Nazdzed Shahidan, 16, yang meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika berada di atas mesin penuai padi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika jentera berkenaan sedang melintasi talian bekalan elektrik di Simpang Empat, dekat sini, jam 6.50 petang kelmarin dan mangsa yang tidak bersekolah dipercayai terkena kabel elektrik yang melentur.
Muhammad Naim berkata, sebelum itu, dia berada di bahagian tong pengumpulan padi di belakang mesin berkenaan dan tidak nampak kelibat rakannya itu kerana penglihatannya dilindungi dinding jentera itu yang agak tinggi.
Secara tiba-tiba, katanya, dia terdengar bunyi letupan kuat ketika jentera berkenaan melintasi talian bekalan elektrik itu menyebabkan mangsa rebah lalu terjatuh ke dalam tong pengumpulan padi.
sumber : kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment